« SElamat Kembali... | Main | ALAM Kerjaya yang memenatkan... »

PILIHANRAYA UMUM KE 12???

Ini buat sahabatku Ikmal jauh di LEEds semoga pandangan jujur ini sekurang-kurangnya mengubat rindu terhadap politik di Malaysia. Sudah hari keempat, PRU ke 12 tamat tetapi demam negeri-negeri dibawah pembangkang masih lagi tak kebah... Maklumlah, tidak disangka menang pilihanraya dan sekaligus menafikan 2/3 majoriti parti pemerintah di parlimen. Bagi pengkritik atau penganalisis politik, berhari-harilah mereka kuarkan teori dan predict apa akan jadi terhadap politik di Malaysia. kami nie... duduk dengar dan sembang kedai kopi jelah. Hatta meeting penulis berkaitan audit vendor perodua pun diselangi dengan lawak politik BA. LAWAN TETAP LAWAN... DEMI KEADILAN DAN KEBENARAN... Betul lah, penangan politik kali ini cukup terasa. Penulis berpandangan ini masanya semua wakil rakyat tidak kira mereka BA atau BN, menuaikan janji. Sepanjang 2minggu kempen, kita telah melihat bagaimana pelbagai janji manis ditabur dan harapan diberi. Pengundi ada yang terpesona, ada yang tidak.... Masakan tidak, teori tsunami politik dikeluarkan.... Analisis pengkritik tidak menyangka BN kalah begitu teruk. Penulis percaya pengundi muda telah menunjukkan kekuatan, mereka akan menggunakan bilamana perlu. Apakan tidak AUKU mengikat lebih 3 atau 4 tahun (bagi penulislah tu) jiwa mereka meronta. Dan peluang yang datang sekali digunakan untuk menolak BN yang mereka benci... Kerajaan negeri BA tidak lagi boelh digelar pembangkang. Mereka perlu diberi gelaran lain atau hormatilah mereka sebagai kerajaan negeri yang dipilih rakyat. PAstinya tumpuan penulis adalah melihat hubungan kerajaan negeri BA dengan universiti-universiti awam di dalam negeri itu. Tidak pernah mereka jangkakan... adakah hubungan mereka akan kekal sepertimana pembangkang? Menafikan MB, exco kerajaan negeri, Adun untuk datang melawat tanah jajahan mereka. Suatu penghinaan jika ini berlaku. Kalau didalam tahun 2004, selepas 100 hari MB Kedah dilantik dinilai dasar pemerintahannya di UUM. Adakah perkara yang sama akan berlaku pada Ust. Azizan Abd Razak dinilai dan dibincangkan secara akademia pemerintahannya dalam masa 100hari. Semua ini akan terjawab tidak lama lagi. Adakah ego Datuk Seri Ibrahim abu Shah akan terangkat bilamana MB baru ingin melawat tanah jajahannya di UiTM Shah Alam. Nengok saja dalam Berita Harian kesanggupan beliau menjadi calon BN jika diberikan peluang katanya. Reformasi pendidikan perlu dilaksanakan agar universiti2 kita terus dihormati dan cemerlang.
                            

Comments

Hadi, hahaha ana kat Hull bukan Leeds, taula tempat tak glamer huhuhu...naka tau pandangan ana ada dalam blog baru
http://ikmalhmt.wordpress.com/
nanti bagila ulasan sket..

hai..hidup hadi..
ekau memang pandai kalo bercakap..respect u beb..
aku doakan ko success..
satu ari nanti mesti jadi ahli parlimen ni..gud luck..

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .